Selamat datang ke blog saya. Nama saya Aiman Najmy tetapi ramai memanggil saya Leman terutamanya rakan terdekat. Setelah hampir 1 dekad saya bergelumang dalam dunia freelancing maka saya ingin mengambil masa terluang untuk mencoretkan apa saja nukilan di blog ini.

Segalanya bermula pada tahun 2010 saya berjinak-jinak dengan dunia blogging. Kemudian ada pasang surutnya dalam kehidupan di mana blog saya tidak aktif banyak kali dan sudah banyak kali bertukar nama dan akhirnya memilih nama terbaru ini. Leman + Freelancer = LemanLancer

Sudah 10 tahun juga saya sudah bergelumang dalam dunia digital yakni secara spesifiknya dalam dunia SEO (search engine optimization) dan aktiviti dalam industri berkaitan dengannya. Walaupun saya seorang bekas graduan kejuruteraan, perjalanan hidup saya lebih terarah mendalami dunia cari makan melalui internet terutamanya melibatkan klien luar negara.

Saya juga pernah jatuh bangun dan gagal banyak kali disebabkan apa yang saya lakukan berdasarkan “learn by hard” atau belajar sendiri dan eksperimen. Kegagalan yang dilalui menguatkan diri saya untuk terus melangkah lebih jauh dan berjaya.

Selain pernah terlibat menguruskan pelbagai laman web sendiri dan klien, saya juga pernah menjadi eUsahawan trainer di bawah kelolaaan MDEC. Tetapi hanya seketika sahaja sebelum saya kembali sibuk menjadi seorang SEO specialist untuk klien luar negara hingga kini.

Aiman Najmy Upwork Profile

Tujuan saya menubuhkan blog ini juga adalah berkongsi sedikit sebanyak pengalaman mengenai dunia freelancing melibatkan klien luar negara. Tidak terhad kepada bidang saya sahaja (SEO) malah terlalu banyak cabang-cabang lain atau pekerjaan bebas lain untuk mereka yang berminat bekerja sebagai freelancer dalam dunia digital.

Semoga mengambil manfaat atas apa sahaja penulisan saya dan diharap saudara saudari sekalian dapat mendoakan kesejahteraan hidup saya agar terus sihat untuk menulis dan berkongsi ilmu. Terima kasih.